Nasrul (E2578)
0192172330

Prosedur penjualan, pembelian & sewaan hartanah adakalanya melibatkan proses yang rumit dan memerlukan kepada satu lagi pihak untuk membantu anda iaitu ejen hartanah berdaftar.

Kenapa anda mesti memilih untuk berurusan hanya dengan ejen hartanah berdaftar?

  • Dipantau dan diselia oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah & Pengurus Harta Malaysia.
  • Firma agensi hartanah berdaftar ada Client’s Account yang membolehkan agensi berfungsi sebagai pemegang amanah untuk wang deposit anda.
  • Perunding & ejen hartanah berdaftar sentiasa dibekalkan dengan ilmu pasaran hartanah terkini untuk membantu dalam prosedur penjualan, pembelian & sewaan hartanah anda.
  • Perunding & ejen hartanah berdaftar yang aktif adalah mereka yang fokus dalam bidang hartanah secara harian dan berupaya meluangkan masa untuk membantu anda apabila diperlukan.

Untuk mengenalpasti samada seorang itu adalah ejen hartanah atau perunding hartanah berdaftar, anda boleh membuat semakan melalui kaedah-kaedah berikut:

  • Membuat semakan secara online di LPPEH Search (http://search.lppeh.gov.my/ ) iaitu Search for Firm untuk carian agensi hartanah berdaftar, Search for Member untuk carian Ejen Hartanah Berdaftar dan Ejen Hartanah Percubaan dan Search for Negotiator untuk carian perunding hartanah berdaftar/Real Estate Negotiator (REN).
  • Melihat REA/PEA/REN Tag dan membuat semakan dengan cara mengimbas QR Code pada Tag tersebut.
  • Menghubungi agensi hartanah yang menaungi ejen/perunding hartanah tersebut untuk membuat pengesahan.

Apabila berurusan dengan seorang ejen/perunding hartanah berdaftar, jangan lupa untuk minta kad bisnes dan melihat tag yang dipakai. Ini adalah untuk memastikan anda sentiasa berurusan dengan mereka yang berdaftar.

Sentiasalah berurusan dengan ejen dan perunding hartanah yang berdaftar untuk menjamin keselamatan transaksi hartanah anda. Saya doakan urusan prosedur hartanah anda dipermudahkan InsyaAllah.


Leave a Reply


Right click disabled.